Friday 20 September 2013

Pengenalan Alat-Alat Muzik Gamelan

 Bonang



Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama. Mengandungi 2 oktaf yang berlaras" anhemitomik pentatonik" dan disongsangkan. Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung". Dalam bahasa jawa bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai "Wedok" manakala yang beroktaf tinggi dikenali sebagai " Lanang". Ianya menggunakan sistem notasi angka yang dikenali sebagai "French Cheve System" sempena nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Perancis.

 Gambang


Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagai Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktaf yang dijadikan sebagai alat melodi. Menggunakan 2 bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.

Saron Pekin


Dikenali juga sabagai "Saron Penerus". Sebagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok. Dalam permainan ini teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.

Saron Barong


Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan "Saron Penerus". Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat pemukul diperbuat dari jenid kayu yang lembut.

Saron Demong


Saron Demong berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron. Ianya dilaraskan mengikut sistem skala 'anhemitonic pentatonic'. Dalam proses penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan lazimnya dari jenis yang lembut.

Kenong


Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan Melayu di Malaysia.

Gendang


Berperanan sebagai penyokong irama. Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan kedua belah tangan dan mampu menghasilkan suara mnemonik asas seperti "doh" pada permukaan besar dan mnemonik " tak" pada permukaan kecil.

Gong


Dalam Ens. Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong agung dan gong suwukan. 

http://alunanmustika.blogspot.com/2010/08/muzik-gamelan.html

No comments:

Post a Comment